Ya Allah lapangkan segala kesempitan dalam hidup kami sekeluarga.. Ya Allah permudahkan segala urusan kami sekelurga Ya Allah cemerlangkan kehidupan kami sekeluarga dunia dan akhirat Amin.....amin.....amin ya Rabbal'alamin
Jumaat, 23 Mei 2014
Puasa dan Ramadhan
![]() |
| Semuga kita bertambah keimanan dan bersyukur kerana panjang usia kita lagi tahun ini |
Ya Allah permudahkan segala urusan duniawi dan ukhrawi kami sekeluarga hendaknya ya Allah.
Limpahkan rezeki yang berlipat kali handa penuh keberkatan agar kami menjadi hambaMu yang lebih bertawaduk bersujud padaMu dan berkongsi rezeki yang engkau kurniakan kepada kami sekeluarga dengan mereka yang memerlukan.
Ya Allah berikan kekuatan pada kami sekeluarga untuk menghadapi segala ujian dariMu.
Ya Allah jadikan kami sekeluarga hambamu yang sentiasa meminta dan mengharapkan balasan yang baik hanya padaMu.
Ya Allah jadikan kami hambaMu yang sentiasa memujiMu walau dimana saja..setiap detik setiap waktu setiap pergerakkan kami hanya kami niatkan untuk memujiMu....mencintaiMu....menharapkan balasan yang terbaik dariMu.
Ya Allah tetapkan iman kami sekeluarga dan beri kami peringatan bila kami lalai dan alpa kepadaMu.
Ya Allah jadikan kami sekeluarga hambaMu yang mencintai kekasihMu Nabi Muhammad saw.Jadikan kami hambaMu yang sentiasa mengamalkan sunnah Mu dan RasulMu........
ALLAHHUMMASALLI'ALMUHAMMAD
WA'ALA'ALISAIIDINAMUHAMMAD
semuga kami sentiasa juga berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad saw....inshaAllah
Amin....amin....amin......busu6171.blogspot.com/belajarmemasakdan menjahit ituhobiku/puasadanramadhan
Khamis, 22 Mei 2014
hujung cuti semester
Hari ni hari terakhir faiz buatkan roti jala untuk pesanan di sekolah.Minggu depan dia dah nak balik ke Seri Iskandar untuk sambung pengajiannya di Uitm.
Sempat pula pergi panjat gunung bersama kawan-kawannya di Ulu Langat.Entah apa nama gunung tu aku pun tak ingat.Semugq Allah memelihara abang dan kawan-kawannya dari segala mara bahaya.
YA ALLAH SELAMATKAN ANAKKU DAN KAWAN-KAWANNYA PERGI DAN BALIK INSHAALLAH......AMIN.
Selepas menghantar abang..minggu depannya pula nak hantar angah rauf pula ke Politeknik Metro di Setiawangsa.Selamat berjuang anak-anak ibu.
Ibu dan ayah sentiasa mendoakan anak-anak ibu perolehi kejayaan dunia dan akhirat.
YA ALLAH SEMUGA ANAK-ANAKKU SEMUANYA BERJAYA cemerlang dalam pelajaran ...kehidupan...berkawan dengan mereka yang beraura positif dan berjaya.amin ya rabbal'alamin.

Rabu, 21 Mei 2014
Roti jala oh roti jala
Assalamualaikum.....
Pagi ni faiz dah mulakan rutin hariannya seperti biasa.Malam tadi dapat mesej dari cikgu nak roti jala untuk jualan dikiosk usahawan muda.Alhamdulillah.
Cuti sem ni faiz terpaksalah membuat kerja dirumah saja untuk cari sumber kewangan untuk belanjanya sendiri.Alhamdulillah kebetulan kerja yang aku selalu buat dulu sekarang dia yang menyambungnya.
Ada juga hikmah disebalik kehilangan motor dia beberapa bulan dulu.Dek kerana malas nak pergi cari kerja diluar akhirnya dia pun terima je tawaran aku supaya dia buat roti jala dan hantar ke sekolah.
Tapi semasa minggu periksa 2 minggu lepas dia terpaksa pening kepala sebab tak ada pesanan selama minggu periksa.Namun begitu Allah maha pemurah roti jala tetap ada pesanan.Kawannya kasihan bila diberitahu dia terpaksa bercuti buat roti jala kerana minggu peperiksaan disekolah.Kawannya menawarkan pada faiz untuk membuat pesanan di kedai makan ibunya.Walaupun tak buat hari-hari tapi adalah juga sumber kewangan padanya.Alhamdulillah......
Dari kisah faiz aku dapat belajar satu perkara yang pasti REZEKI ITU ANUGERAH DARI ALLAH.
Kita hambanya hanya perlu mengangkat tangan berdoa akan adalah habuan akan diganjarkan pada kita inshaAllah.
Sembahyang lima waktu itu perantara antara kita dan Allah.Berbicara dan mengadulah pada Allah apa saja kerana Dia yang maha mendengar maha pemurah lagi maha penyayang.
JOM ISTIQAMAH JANGAN LUPAKAN TANGGUNGJAWAB UTAMA KITA SOLAT 5 WAKTU
KERANA ITULAH TIANG YANG PERLU KITA KUKUHKAN DALAM HIDUP KITA.....inshaAllah amin

Langgan:
Ulasan (Atom)