Assalamualaikum.....
Pagi ni faiz dah mulakan rutin hariannya seperti biasa.Malam tadi dapat mesej dari cikgu nak roti jala untuk jualan dikiosk usahawan muda.Alhamdulillah.
Cuti sem ni faiz terpaksalah membuat kerja dirumah saja untuk cari sumber kewangan untuk belanjanya sendiri.Alhamdulillah kebetulan kerja yang aku selalu buat dulu sekarang dia yang menyambungnya.
Ada juga hikmah disebalik kehilangan motor dia beberapa bulan dulu.Dek kerana malas nak pergi cari kerja diluar akhirnya dia pun terima je tawaran aku supaya dia buat roti jala dan hantar ke sekolah.
Tapi semasa minggu periksa 2 minggu lepas dia terpaksa pening kepala sebab tak ada pesanan selama minggu periksa.Namun begitu Allah maha pemurah roti jala tetap ada pesanan.Kawannya kasihan bila diberitahu dia terpaksa bercuti buat roti jala kerana minggu peperiksaan disekolah.Kawannya menawarkan pada faiz untuk membuat pesanan di kedai makan ibunya.Walaupun tak buat hari-hari tapi adalah juga sumber kewangan padanya.Alhamdulillah......
Dari kisah faiz aku dapat belajar satu perkara yang pasti REZEKI ITU ANUGERAH DARI ALLAH.
Kita hambanya hanya perlu mengangkat tangan berdoa akan adalah habuan akan diganjarkan pada kita inshaAllah.
Sembahyang lima waktu itu perantara antara kita dan Allah.Berbicara dan mengadulah pada Allah apa saja kerana Dia yang maha mendengar maha pemurah lagi maha penyayang.
JOM ISTIQAMAH JANGAN LUPAKAN TANGGUNGJAWAB UTAMA KITA SOLAT 5 WAKTU
KERANA ITULAH TIANG YANG PERLU KITA KUKUHKAN DALAM HIDUP KITA.....inshaAllah amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan