Jumaat, 23 Mei 2014

MUHASABAH DIRI

Antara nasihat yang selalu di beritahu oleh prof Muhaya di celik mata reset minda di ikim.fm
Mari kita muhasabah diri sentiasa umtuk disayangi kita mesti menyayangi.Itu pengalaman yang aku sendiri pernah lalui bersama anak-anak.Aku dibesarkan bukan tanpa kasih sayang tapi dibesarkan dengan cara ibubapa dulu-dulu yang tak suka nak tunjuk kasih sayang pada anak-anak dengan belaian.Anak-anak zaman sekarang suka dibelai dan di tumpukan perhatian pada mereka.Dulu aku sentiasa garang pada anak-anak hasilnya anak-anak aku bila besar dia menjadi orang yang mudah pemarah.
Bila aku mula mendengar kata-kata nasihat dari prof Muhaya aku mula terfikir untuk berubah.Aku mahu anak-anak aku semuanya mempunyai peribadi yang baik dan cemerlang di mata manusia dan di sisi Allah.Aku mula menjadi orang yang merendah diri dengan anak minta maaf atas kesalahan yang pernah aku lakukan pada anak.Aku mulakan memeluk anak ...mencium anak semasa mereka nak ke sekolah.Lama kelamaan aku dapat melihat sedikit demi sedikit perubahan pada sikap anak-anak.Anak-anak aku sudah mula mudah menerima teguran tidak mudah melenting bila di marahi dan suka menceritakan kisah mereka dengan kwan-kawan.Aku gembira mendengar cerita mereka kerana bagi aku perkongsian cerita mereka mengenai kawan-kawan mereka akan membolehkan aku menasihati mereka bagaimana cara memilih kawan untuk masa depan mereka.Semuga imu yang selalu diingatkan oleh prof Muhaya itu akan aku manafaatkan sentiasa.Ya Allah semuga aku istiqamah sentiasa untuk memperbaiki diri agar sentiasa menjadi contoh pada anak-anak dan masayarakat sekeliling.Prof Muhaya sentiasa ingatkan jangan suka menyebut perkataan SEPATUTNYA tapi gantikan dengan KITA BOLEH agar minda bawah sedar kita akan membentuk hidup kira yang positif.
Orang yang suka merungut,mengeluh dan menyalahkan ialah orang yang tak bersyukur dengan semua nikmt Allah beri.Jadi pilihlah kita nak jadi yang mana yang baik ataupun.........
Wallahu'alam.

Busu6171.blogspot.com/ belajarmemasakdanmenjahitituhobiku

3 ulasan:

  1. Segala perkongsian tidak ada niat yang lain melainkan hanya kerana Allah

    BalasPadam
  2. Betulla busu..muhasabah diri itu penting...
    Ingin bekerja hanya di rumah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html
    Perlukan kereta sewa dan MPV http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semuga kita semua mudah kenal diri dgn bermuhasabah.....

      Padam